Assalamualaikum & Salam sejahtera!
Terimakasih kerana masih sudi mengunjungi blog yang brutal ini (haha).
Terimakasih kerana masih sudi mengunjungi blog yang brutal ini (haha).
Saya kaitkan hal ini dengan MBSA, kerana pengalaman saya menghadapi & menyelesaikan masalah ini di kawasan Shah Alam.
YANG BEST NYER!
Anda sebagai 2nd buyer telah membeli sebuah rumah 2nd hand di Shah Alam dan didapati pemilik lama telah mengubahsuai rumah tersebut tanpa sebarang pelan ubahsuai dan tidak pernah mendapat kebenaran ubahsuai rumah dari pihak majlis.
YANG TAK BEST NYER!
Masalahnya, anda nak ubahsuai rumah tersebut tapi tak mau dikenakan denda oleh majlis kerana ubahsuai terdahulu oleh pemilik asal tiada kelulusan.
Berikut adalah langkah penyelesaiannya ;
1. Buat semakan di MBSA, tingkat 21
YANG BEST NYER!
Anda sebagai 2nd buyer telah membeli sebuah rumah 2nd hand di Shah Alam dan didapati pemilik lama telah mengubahsuai rumah tersebut tanpa sebarang pelan ubahsuai dan tidak pernah mendapat kebenaran ubahsuai rumah dari pihak majlis.
YANG TAK BEST NYER!
Masalahnya, anda nak ubahsuai rumah tersebut tapi tak mau dikenakan denda oleh majlis kerana ubahsuai terdahulu oleh pemilik asal tiada kelulusan.
Berikut adalah langkah penyelesaiannya ;
1. Buat semakan di MBSA, tingkat 21
Pergi ke tingkat 21, MBSA dan buat semakan fail pelan lulus lama di kaunter. Minta staf di kaunter semak alamat rumah/nama dalam database komputer MBSA samada pemilik asal rumah tersebut pernah membuat permohonan ubahsuai rumah. Jika tiada rekod permohonan, sah anda dah kena paw dengan pemilik lama, jadi anda perlu buat surat rayuan beb!
2. Buat surat akuan/rayuan
Cuba hubungi pemilik lama dan minta beliau tulis surat akuan mengesahkan ubahsuai rumah yang telah dilakukan oleh beliau tiada kelulusan dari pihak MBSA. Tapi jika pemilik lama tidak dapat dihubungi atau telah gol (gol tu mati daa), maka anda perlu tulis sendiri surat akuan tersebut dan nyatakan bahawa pemilik asal telah gol atau tidak dapat dihubungi. Nyatakan juga dalam surat tersebut bahawa anda minta dikecualikan dari denda ubahsuai rumah kerana tambahan rumah tersebut telah dibuat oleh pemilik asal.
3. Kemukakan surat akuan/rayuan ke MBSA
Buat 2 salinan surat akuan, ambil gambar rumah sediada dan buat lakaran pelan kasar bersaiz A4 bahagian rumah yang ingin anda ubahsuai. Kemukakan semua dokumen ini ke tingkat 8, Jabatan Bangunan MBSA dan minta staf kaunter cop terima salinan surat tersebut.
Salinan
surat yang dicop akan ditandatangani staf kaunter dan mempunyai tarikh
terima. Salinan surat ini perlu anda simpan kerana ia akan digunakan
sebagai rujukan untuk 'follow-up' status rayuan anda. Pihak majlis biasanya akan menjawab dalam tempoh 14 hari bekerja melalui pos (tapi biasanya lebih lama jika melibatkan cuti umum yang panjang giller).
4. Lantik akitek/perunding
4. Lantik akitek/perunding
Setelah anda terima surat jawapan resmi dari MBSA yang memberi kebenaran ubahsuai dan mengecualikan anda dari didenda, maka bolehlah anda lantik mana-mana akitek/perunding yang akan menguruskan kerja rekabentuk ubahsuai rumah, menyediakan pelan ubahsuai rumah, mengemukakan pelan tersebut ke pihak majlis hingga mendapat kelulusan.
Pihak perunding juga biasanya akan menguruskan kerja penyediaan surat rayuan
dan submit ke MBSA, follow-up hingga mendapat jawapan. Dengan ini anda
boleh relaks tak perlu kelam-kabut naik-turun MBSA tiap-tiap hari, hanya
sediakan sedikit duit yang jumlahnya beribu-ribu untuk bayar fee perunding sahaja hahaha....mudah & murahkan?
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Perniagaan Anjong Pastel
Manager
Omar Mohd Ali
Tel: +6019-2779473
eMail: anjong64@gmail.com
/ anjong64@anjong.my
Office: Lot 2, Tingkat bawah Tabung Haji, Sg. Chua, 43000
Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Show Rooms: D-15-GA, Jalan Prima Saujana 2/F, Taman Prima
Saujana, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
ada tak prosedur untuk renovate ruma sbb sy nak buat report la..
ReplyDeletetq ya!
terimakasih kerana sudi mengambil artikel asal yg saya tulis blog saya. sila kreditkan & link semula ke;
ReplyDelete==> http://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com
artikel yg dicedok/plagiat boleh dikesan dengan 'duplicate content checker online' yg percuma dlm internet.
kita boleh ambil artikel org, syaratnya kreditkan semula kpd pemilik blog. itulah cara yg baik & akan meningkatkan reputasi kita secara positif.
First, I had checked the garis panduan of the house renovation issued from MPKJ and it doesn't mentioned that back house having a small staircase couldn't use the the standard plan from MPKJ.
ReplyDeleteBut when we went to the mpkj office, the officer keep asking us to hire an architect to draw the house plan only allow us to apply the permit.
I want to know which one is correct.
izinkan saya berbagi beberapa hal bagus dengan Anda di blog indah Anda. saya dapat membeli properti dengan bantuan dari mr pedro dan tim perusahaan pinjamannya dengan cepat merespons dan karena ini adalah pertama kalinya saya mendapatkan pinjaman untuk membeli properti, dia dapat membantu saya menjalani proses pinjaman. itu adalah pengalaman hebat bekerja dengan pemberi pinjaman pinjaman yang baik dan baik hati. saya harap Anda tahu betul jika Anda mencari pinjaman untuk membeli properti atau mendanai tujuan bisnis maka pesan ini untuk Anda akan dapat membantu Anda dengan proses seperti itu di sini alamat email detailnya: pedroloanss@gmail.com & whatsapp teks: +18632310632
ReplyDelete